Buletin St. Francis of Assisi 24 April-1 Mei 2011

.
24 April - 1 Mei 2011
Selasa 26hb: Oktaf Paska
(Kis 2:14,22-32; Mat 28:8-15)
6.30ptg Devosi Kerahiman Ilahi-Misa

Rabu 27hb: Oktaf Paska
(Kis 3:1-10; Luk 24: 13-35)
6.30ptg Devosi Kerahiman Ilahi-Misa

Khamis 28hb: Oktaf Paska
(Kis 3: 11-26; Luk 24: 35-48)
6.30ptg Devosi Kerahiman Ilahi-Misa

Jumaat 29hb Oktaf Paska
(Kis 4; 1-12; Yoh 21: 1-14)
6.30ptg Devosi Kerahiman Ilahi-Misa

Sabtu 30hb: Oktaf Paska
(Kis 4:`13-21 ; Mrk 16: 9-15)
6.30ptg Devosi Kerahiman Ilahi-Misa

Ahad 1hb Mei: Hari Minggu Paska II
(Minggu Kerahiman Ilahi)
(Yer 31:7-9; Ibr 5:1-6; Mrk 10: 46-52)
07.30pg   Misa Dlm Bahasa Tamil
09.00pg   Devosi Kerahiman Ilahi
09.30pg   Misa Dlm Bahasa Inggeris
11.30pg   Misa Dlm Bahasa Mandarin
02.00ptg  Misa Dlm Bahasa Malaysia
03.30ptg  Siaran Langsung - Beatifikasi Paus Yohanes Paulus II

Mohon Perhatian:
a.  Sila kembalikan Lenten Envelopes kepada Pejabat Paroki atau di dalam kotak yang sudah disediakan selambat-lambatnya pada 1hb Mei 2011.

Berita KUBM

  1. PDKK (Persekutuan Doa Kelompok Katolik)- Untuk sementara Ditiadakan
  2. Sabtu 21hb Mei 2011: Perbincangan Bersama - Kepengerusian KUBM tempoh Tahun 2008-2011. Semua AJK & Ministri dibawah naungan KUBM sahaja yang wajib hadir; Di Bilik St. Elizabeth, Jam 4 petang.
  3. Misa Petang BM diadakan pada setiap minggu Pertama, Ketiga dan Keempat (& Kelima) Setiap Bulan. Didahulukan dengan Doa Rosari pada jam 1.30 ptg. - Jamuan Persaudaraan pada setiap minggu ke-4 secara Potluck.
  4. Pendaftaran untuk Pembaptisan Anak-anak pada 22hb  Mei 2011 sudah dimulai. Sila hubungi Saudari Nancy Devi di 013-3142455 atau Pejabat Paroki
Pesta Kaamatan Gawai dan Panen Peringkat Gereja Paroki SFA
"Dari Kita, Oleh Kita, Untuk Kita"
Tempat  : Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Secretarial building (Dewan D), Mardi HQ, Serdang.
Tarikh  : 26HB JUN 2011 (Ahad)
Masa    : 6Ptg - 11 Mlm
Penjualan Tiket-tiket dan tiket meja sedang dijalankan. Sila berjumpa dengan KED(BEC) masing-masing & semua ministri pelayanan. Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Sdr. Louis Periakarpen di 012-2772985 & Sdr Ricky Adres di 017-6207764

Pengumuman dari Liturgi:

  1. Beatifikasi Paus Yohanes Paulus II (Minggu Kerahiman Ilahi 1hb Mei 2011): Kami menjemput semua umat untuk bersyukur kepada Tuhan bagi paus yang agung ini dan bersama-sama dengan Paus kita Benediktus dalam misa di Vatican. Puji dan sembah bermula pada pukul 3.30ptg, diikuti dengan Siaran Langsung Misa Beatifikasi dari Vatican pada pukul 4-6ptg, dan Doa malam pada pukul 6-6.30 ptg.  Umat digalakkan membawa makanan& minuman ringan untuk potluck selepas acara ini.
  2. Pembinaan Liturgi SFA : Sabtu, 14hb Mei 2011 - 09.00am - 02.00pm. Mengapa Gereja Katolik sangat ketat di dalam Lirturgi? Jika Hari Raya Cina jatuh pada hari Rabu  Abu, mana satu yang harus kita ambil perhatian terlebih dahulu? Bolehkah Paderi Paroki  memodifikasikan liturgi  SFA yang akan datang ini? Jawapan  dapat anda cari di Pembinaan Liturgi SFA yang akan datang ini. Pend\ceramah Utama: Fr. Leonard Lexon (Pengerusi Komisi Liturgi Keuskupan KL) Semua dijemput hadir, namun diberi keutamaan bagi umat yang terlibat di dalam ministri Liturgi.
Kekosongan: Petugas LCD untuk misa BM
Dialu-alukan semua umat yang berminat untuk melayani dalam aksi LCD sebagai Petugas LCD semasa Misa BM. Sila berhubung dengan Sdr. Timothy di 016-6283172. Latihan akan diberikan sebelum melayani dalam misa BM.

Pengetahuan Umum Minggu Ini
Soalan: Mengapa pada hari Jumaat Agung paderi memakai jubah warna merah dan pada permulaan misa beliau meniarap di lantai?

Jawapan: Berbeza dengan tradisi masyarakat Cina yang mana merah bererti rezeki atau nasib baik, di dalam tradisi Gereja, merah melambangkan darah atau mati syahid atau martir. Pada Jumaat Agung kita memperingati wafatnya Yesus yang telah mati syahid bagi menebus dosa-dosa umat manusia. Manakala posisi meniarap di lantai pada awal misa menunjukkan sikap mati bersama Kristus

Gereja St. Francis of Assisi
7th Mile, Jalan Cheras, 43200 Selangor, Malaysia
Tel/Fax: 03-9075 8236
Pej. Vocation: 03-9074 7652
Pej. Biara: 03-9074 7659
Paderi Paroki: Rev. Valentine Gompok O.F.M. Cap.  (valentine@sfa.org.my)
Wakil Paderi: Rev. Adrew Manickam O.F.M. Cap.  (andrew@sfa.org.my)

No comments:

Post a Comment