Sejarah CSA MUCH

CSA of MUCH (Catholic Student Association of Masterskill University College of Health Sciences) di tubuhkan dan dirasmikan pada 4 September 2006 dengan inisiatif Rev. Fr. Valentine Gompok OFM Capucin demi menjaga iman pelajar-pelajar MUCH khususnya yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Pusat perkumpulan CSA bertempat di Gereja St. Francis of Assisi, Cheras selain di Kolej Universiti Masterskill. 

Banyak aktiviti yang dijayakan oleh CSA semehjak ditubuhkan.  Antaranya Koir untuk Misa Kudus dalam Bahasa Malaysia, doa kelompok, Rosary, Karoling, lawatan, seminar, retreat, Pilgrimage (ziarah rohani), dan Parti perpisahan Senior. 

Segala perbelanjaan dan kemudahan untuk aktiviti, termasuk pengankutan disediakan oleh pihak MUCH.    Setiap aktiviti disertakan dengan kertas kerja yang lengkap dan permohonan bantuan dibuat melalui saluran rasmi Hal Ehwal Pelajar (Student Affair) MUCH.  Ini memudah dan mempercepatkan proses saluran bantuan dan kemudahan agar setiap aktiviti dapat dijayakan dengan sempurna.

President pertama bagi persatuan ini adalah Dominic M. Lansing (Dip. In Pharmacy batch 200603) dan timbalan president adalah Eddly Adrian Arbah (Dip in Physiotherapy batch 200603) bagi sesi 2006-2008 . Mereka telah banyak menyumbang kepada pengenalan dan pengukuhan sistem pengurusan serta implementasi dalam CSA, dan ia sering dijadikan panduan dan rujukan setiap kali peralihan kuasa.

Fredolin Majin (Dip. In Healthcare batch 200703) adalah President Ke-2 dan timbalan adalah Michelle Wong (Dip. In MLT Batch 200605) bagi sesi 2008-2009. Pembaharuan dibuat oleh president ke-2 dengan melibatkan pelajar-pelajar katolik dari semenanjung Malaysia untuk menyertai CSA.  President ke-3 sesi 2009-2011 bagi persatuan ini adalah Zakeus Peter Zan Nesbert John (Dip. In Healthcare batch 200901) dibantu oleh Schiavion Vixien Patrick (Dip. In Environmental Health batch 200901) sebagai timbalan presiden. Pembaharuan telah dibawa oleh president ke-3 apabila pertama kalinya Doa Pelayanan CSA (CSA Prayer of Humble Service) diciptakan dan perasmian Logo CSA yang diguna sehingga ke hari ini. 

President ke 4 sesi 2011 (sekarang) bagi persatuan ini adalah Annievianney Anthony (B.Sc.(Hons) in Biomedical batch 201004)  dan dibantu oleh Gordon Chirsty Edward Muji (Dip. In Environmental Health batch 201004). Pembaharuan juga dibuat oleh presiden ke 4 apabila memilih St. Theresa dari Avila sebagai penaung persatuan ini setelah menghayati  perjalanan orang kudus ini yang selalu membawa pembaharuan dalam kongregasi Carmelite  yang diikutinya. 

No comments:

Post a Comment